tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, February 26, 2012

kenapa mesti aku ?


setiap manusia yang dicipta di muka bumi ini pasti akan diuji
tidak kira dia muda ataupun sudah lanjut usia
ujian itulah adalah janjian ALLAH untuk makhluk ciptaannya

selagi kita diuji selagi itu juga kita dikasihi
orang yang diuji ini sangat disayangi olehNYA

aku?
ya, aku selalu diuji
dan diuji dalam cerita cerita cinta aku
aku yang selalu kalah dengan nafsu hati terus terusan ditipu
tipu oleh makhluk berlainan jantina aku

tapi DIA juga kurniakan aku kawan kawan serta sahabat handai yang selalu ada
saat aku gembira ataupun duka lara

kadang kadang aku terfikir,
perlukah aku dipertemuakan dengan bekas "tunang" aku yang kini duda muda
perlukah aku dipertemukan dengan lelaki yang tersangat kasar terhadap perempuan
perlukan aku dipertemukan dengan kekasih hati yang umurnya sebaya adik ku sendiri
perlukah aku dipertemukan dengan watak watak animasi "sincan" dan "nobita"
dan perlukah aku dipertemukan dengan jejaka kaki penipu di serdang itu ?

dengan seluruh takdir yang telah tertulis olehNYA untuk aku
aku redha dengan segalanya
dan aku tahu ini adalah sebaik baik ujian untukku

Monday, February 20, 2012

tempat saya !


rasa dalam hati tidak dapat disangkal
rasa dalam hati itu datang dengan sendiri
datang tanpa dipaksa dan ia rela hadir dalam jiwa

bercerita tentang TEMPAT SAYA 
ialah tempat saya dihati awak
atau lebih tepat tempat yang saya ingin duduki dihati awak

kalau awak jadi NOBITA
saya tak mahu jadi GIANT 
yang selalu buli awak, sakiti awak
malah selalu mempermainkan awak

kalau awak jadi NOBITA
saya tak mahu jadi SUNIO 
yang tiada pendirian diri, penakut
serta kaki mengampu demi kesenangan diri

kalau awak jadi NOBITA
saya tahu saya mungkin calon terakhir untuk jadi SIZUKA
sebab saya tak pintar dan selemah lembut die
malah saya juga mungkin tak layak untuk memiliki cinta awak yang terlalu untuk nya

tapi kalau awak jadi NOBITA
izinkanlah saya jadi DORAEMON
yang selalu menemani awak
walaupun kadang kadang awak melukai nya
dia tetap setia sebagai teman
tak kira sesenang atau sesusah mane pun awak
dia tetap ada...

dan sudikah awak memiliki robot ajaib ini ??

Thursday, February 16, 2012

tindak balas :)


dalam kesejukan angin malam sambil ditemani hujan renyai renyai
tangan aku mula membuka lenbaran blog untuk mencoretkan kisah indah yang meniti dihari hari
saat aku bergelar "tanpa pasangan"

ini merupakan saat terbaik untuk aku menyelongkar mamat tu
mamat yang aku minat sejak september 2011
dan perkenalan ini seratus peratus di alam maya

memang indah bila angan angan yang kita ukir menjadi kenyataan
tapi adakah indah itu akan berkekalan?
aku terlalu cepat melatah sehingga tersenyum senyum seperti kerang tidak wangi tatkala di mention oleh die
juga tatkala di komen :)

seandainya tindak balas ini ada sesuatu yang indah tersirat
aku sedia menerima kemungkinannya
kerana aku tahu setiap tindakan yang diambil pasti ada balasan

wahai encik mamat, serius saya suka awak SINCE I READ YOUR BLOG...
i love the way you WRITE and the way you THING :)

dan apabila saya berbicara tentang perasaan, saya tidak akan tersenyum
kerana bagi saya ia merupakan perkara penting !
dan untuk awak juga, saya mohon maaf sebab tidak berjaya halang rasa indah ini .....

Sunday, February 12, 2012

jatuh cinta ke ini ?


tak kenal maka tak cinta
tapi aku tak kenal pun dah jatuh cinta
mungkin si bintang LEO ni memang semulajadi sifatnya mudah jatuh cinta

aku hanya kenal mamat nie kat laman laman sosial je
mula dari BLOG pastu aku "terjumpa" MUKABUKU dia
then bila aku dah berjinak jinak di BURUNGBIRU aku cari dia disana
jodoh kuat aku jumpa juga dia disana

sungguh aku rasa jatuh cinta
tapi aku tahu ini cuma cinta SATU ARAH
dalam kata lain cinta yang bertepuk sebelah tangan la kan

bila mamat nie balas teguran aku dekat laman sosial sumpah aku suka sangat
rasa macam cinta berbalas
aiceh ceh ceh ..perasan gitu

bila aku tahu dia dah ada pacar aku rasa kecewa yang amat
sebab gambar gambar dia n pacarnya sungguh romantik
sejak itu aku mula kurang "menyelongkar" page dia

tapi tapi tapi
sekarang aku tahu dia kembali solo
peluang cerah tapi untuk mengatakan minat kepadanya itu adalah MUSTAHIL

mak cakap kalau kita suka dekat seseorang tu lebih baik kita diam je
simpan untuk diri sendiri
mana tahu TUHAN mendengar doa kita dan memakbulkannya
INSYAALLAH dia akan jadi milik kita

sampai sekarang aku simpan rahsia nie
biarlah dia tak tahu tentang aku janji aku tahu tentang die
hari hari aku tengok profile picture dia

AWAK KALAU AWAK PUN RASA APE YANG SAYA RASA
CEPAT CEPAT POST KAT WALL SAYA
ATAU MENTION SAYA DEKAT TWITTER

saya suka awak sangat !!

Tuesday, February 7, 2012

sahabat !



kau lah yang satu menjadi sahabatku...
kawan dan SAHABAT mempunyai kata erti yang berbeza
kawan senang dicari dan tak semua kawan akan menjadi SAHABAT

sahabat ikatan yang kuat dalam diri
sentiasa ada dikala duka ataupun suka
sahabat yang sentiasa sudi mendengar berita atau cerita

persahabatan boleh bermula dengan secebis senyuman 
atau hanya dengan sepotong ayat
tetapi SAHABAT mestilah dikukuhkan dengan kepercayaan antara satu same lain
juga mestilah sayang antara satu sama lain

sahabat tidak semestinya bersamaan jantina
kerana kekadang kaum TIDAK sejenis lebih memahami apa yang dirasa
tetapi mungkin ramai dikalangan sahabat mempunyai jantina yang sama untuk memudahkan seseorang meluahkan rasa hati..

sahabat sentiasa ada kala diperlu
pegang erat tatkala sahabat nya jatuh ataupun bangun
dan merekalah sahabat aku.......