tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Wednesday, July 25, 2012

kisah aku, dia dan masa depan


sendirian dikamar tatkala ini mengembalikan ingatan aku kepada topik utama waktu berbuka puasa tadi
agak payah untuk aku harungi topik itu
tapi demi menyenangkan perasaan ingin tahu kawan-kawan
cerita tentang dia kembali di ungkit

sakit perit dan payah untuk aku menahan airmata dari mengalir
lantas aku membuka cerita lain tentang jodoh yang bakal tersurat
dia. insan aku kenali suatu ketika dulu
tidak tahu apa dan dimana silapnya
hubungan yang berbunga indah lenyap sekelip mata

tapi aku redha. tipulah kalau aku tidak merasa hampa 
walaubagaimanapun aku sedar ajal maut malah jodoh ditanganNYA
aku cuba buang dia agar hidup aku tenang dan gembira

ya aku gembira tapi sekembalinya dia meragut kebahagiaan itu
aku tidak membencinya tetapi dia yang menanam kebencian itu
aku sedih tapi pada siapa yang harus tunjuk

mungkin kata orang cerita kami sesuai dibukukan
tapi tahulah kalian bahawanya si pelakon ini 
sangat sangat terseksa dengan wataknya

kalau diizinkan untuk memilih 
aku tidak mahu dijadikan watak utama untuk kisah cinta yang tidak kesampaian
luaran aku yang nampak tenang 
sedikit sebanyak berjaya menutup 
apa yang tersirat dihati dan apa yang bersarang dijiwa
tatkala nama dia meniti dibibir-bibir mereka

harapanku hanya satu
aku berharap dijauhkanlah jodohku dan dia 
kerana aku tak mahu dijadikan sandaran cinta yang tak kesampaian
atau menjadi galang ganti kepada yang sudah pergi..

Monday, July 23, 2012


dikeheningan awal pagi di bulan Ramadhan
sedang aku menunggu azan subuh berkumandang
jari jemari aku dengan senang hati menari-nari di papan kekunci ini

cerita apa, tentang siapa dan untuk apa
aku sendiri kurang pasti
yang penting naluri aku benar-benar mahukan penulisan ini

kini aku di tahun akhir pengajianku
ya. tahun terakhir untuk segulung diploma
harapan aku hanya satu
dapat diploma beserta sijil dekan "AAAAAMIN"

bercerita tentang sebuah kehidupan
aku sudah sampai ke angka DUA
dimana perwatakan lebih matang harus dipamerkan

bersama teman-teman akan aku harungi dugaan hidup remaja
insyaAllah jalan terbuka untuk kami :)

Thursday, July 12, 2012

oh Kamsis !


Alhamdulillah dengan berkat doa ibu, ayah, saudara mara dan rakan-rakan
aku berjaya melepasi permohonan menduduki kamsis
atau bahasa-bahasa budak IPT kolej la..

mengikut kata hati
sebenarnya aku TAKNAK pun duduk kamsis nie sebab

KWN2 AKU SEMUA DUDUK LUAR !

tapi dengan pujukan ibunda tersayang
aku mengalah dan meneruskan permohonan kamsis
and harini 11 JULAI 2012
aku BERJAYA menempatkan diri di kamsis yang indah itu ;'(

walaubagaimanapun aku menganggap ini semua adalah PENGORBANAN
pengorbanan keseronokan DUNIAWI untuk kebahagian masa hadapan

buat kawan-kawan ku
RUMAH 14 atau RUMAH 10
aku harap korang semua tak sisihkan aku tau !
kalau tak aku kawan dengan *dot dot dot*

sekian sudah coretan ringkas aku petang
ini.. sebelum terlambat..
TERIMA KASIH YA ALLAH :)

Sunday, July 8, 2012

tentang seseorang

dia
dia insan yang hadir tatkala aku bukan sesiapa
perginya juga tanpa aku pinta
dia insan yang mengajar aku erti memaafkan

sikapnya yang prihatin
sering menjadi pendengar setia tatkala aku terluka
menjadi penghibur dikala aku lara
kini HILANG entah kemana

kehadiran seorang wanita lain dalam hidupnya
meragut kasih sayang itu
bukan setakat kasih sayang malah prihatinan itu

dia
yang dulu menjadi pelindung tatkala aku dibuli
menjadi pembela tatkala aku disakiti
dan menjadi satria tatkala aku dikasari
pergi meninggalkan aku sendiri

YA.kini aku kembali dipinggiri
Terima kasih DIA kerana turut menyakiti.