tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, January 20, 2013

kasih ^___^


Farah Suraya, Huzzairah, Siti Aqilah, Siti Sarah, Nur Asiyah, Athirah, Nur Nadzirah, Fatin Nadia
Fatin Juanah, Norfaizah, Rohayah, ME, Nor Juliana, Siti Suhaila

korang... kawan-kawan rumah 14
aku rindu kenangan kita semua
saat kita semua bergelak ketawa
saat kita harungi kesusahan bersama-sama

FARAH : yang sentiasa sudi berkongsi masalah dgn aku. (selena gomes dpm6b) 
EIRA : selalu tidur berpelukan dengan aku.. selalu bagi pinjam selimut "sakit" warna biru.
QILA : kawan pertama yang aku kenal dekat politeknik. (semakin naik sem, semakin naik berat bdn die)
SARAH : anak sulung bagi aku dengan juanda, sangat matang. (tembam tapi comel!)
SIYAH : satu-satunya kawan aku yang dah bertunang, sesuai dengan kematangan nya. ( sgt tegas)
TIRAH : yang tak mampu sorok airmata dia dari aku. (nia kama la akk..kama blh nmpk dr mata akk tu)
NAD : lahir bulan yang sama dengan aku. (hari-hari wish bezday)
YAYA : manja, ya itu dia.. kwn yang pling suka bermake up!
ATIN : sama-sama pernah on diet, tapi last-last dua2 makin tembam.
IZAH : yang suka menyanyi dalam kelas. ( kalau geram, suka gigit orang. SAKIT !)
YAYA : yang ppaaallliiinnnggg rapat dengan aku, mungkin sebab sma-sama jawa, so tu yang rapat :)
JUE : erm..no komen, kami biase-biase je.. tak terlalu rapat, tak terlalu jauh.
SUE : kwn yang pling aku rindu, rindu saat bergembira masa praktikel sama-sama :'(

walaupun sekarang kita semua dah tak macam dulu
aku tetap sayang korang semua
mungkin sekarang aku cepat sentap, tapi percaya lah aku sekarang lebih matang dan terbuku dari dulu.
apa yang aku tulis tu lah ape yang aku maksudkan.

aku harap kita semua akan saling bermaafan 
sebelum segalanya berakhir..amiinnn.....

Wednesday, January 16, 2013

"carikan aku jodoh"


siti aqilah binti ishak

officially single mostly 3 years
find someone who can make her SAD, LAUGHT, and feel what the lover feel

she's kind but SOMETIMES look like mrs.HULK !
hahahaha

very interested with a man without hair
(atau kata lainnya BOTAK)
but still can fall in LOVE with the man who have hair ^___^

do follow her on

and also on 
INSTAGRAM : aqilahishakk



 i remember tears streaming down your face
when i said, i'll never let you go
when all those shadows almost killed your light
I remember you said. don't leave me here alone
but all that's dead and gone and passed tonight

just close your eyes
the sun is going down
you'll be alright
no one can hurt you now
come morning light
tou and i'll be safe and sound






Tuesday, January 15, 2013

airmata.




Mukadimah ini dimulakan dengan linangan airmata selepas membaca coretan pakcik-pakcik ku, mengenang saat mereka ketika bersama arwah atuk ..


Sejenak aku terdiam, terimbau kembali ketika aku dalam jagaannya. Aku kira, akulah cucu yang paling lama duduk bersama atuk..mungkin sedari kecil emak menghantar ku dibawah jagaan nya maka aku lah cucu yang rapat dengannya.
Ketika umurku mencecah 10 tahun ( darjah 4) atuk disahkan menghidap penyakit lupa ( memori kembali kepada masa lampau ) namun begitu dia masih mengingati aku. Walaupun tanpa menyebut nama aku, kami sekeluarga sudah faham dengan maksudnya.

Saban hari ingatan atuk semakin lumpuh sehingga dia menyuarakan hasrat ingin menjagaku dengan ayat “ aku ingin menjaga anak si betina tu” dan betina itu merujuk kepada mak, ya. Atuk sudah lupa nama anaknya itu :’)
Mak sedikit pun tak amik hati dengan panggilan itu malah mak pernah berkata mak tidak menyesal menyerahkan aku di bwh jagaan atuk. Suatu hari, kira-kira setelah setahun aku duduk bersama atuk pagi itu ibu2 saudaraku pulang kekampung kerana atuk sakit perut. Pada kebiasaanya atuk tidak mahu ke klinik tapi berlainan sekali dengan pagi tu..atuk ke klinik dengan siapa tidak aku ingati..

Dan aku seperti pagi-pgi yang biasa, selepas menyalami atuk dan mengambil duit belanja RM1.00 diatas meja dapur aku bergegas ke rumah maklong saa’diah utk kesekolah..tidak ada sedetik pun rasa curiga aku tentang kesakitan yang dialami oleh atuk.

Sepulangnya aku dari sekolah kebangsaan, aku bergegas mandi dan makan untuk keseskolah agama pula. Tatkala aku melangkah masuk kerumah waktu itu,sekilas pandangan aku tertacap pada atuk yang sedang lena tidur dibiliknya dan aku juga terpandang tok uda dan tok itam dibilik itu dan aku hanya tersenyum.

Selesai berpakaian aku menyalami nenek didapur yang sedang membuat donut coklat untuk dhntar kesekolah makcik dan segegasnya aku kebilik atuk utk menyalaminya dan ayat yang keluar dari mulut atuk “ duit belanja ada kat atas meja tu.”  Dan itulah kali terakhir aku mendengan suaranya………….

10 februari, jam 2 lebih

Sedang ku leka menghias kelas utk pertandingan keceriaan muncul seraut wajah sepupuku yang segak “assalamualaikum ustazah, saya nak ajak ira balik..atuk saya meninggal”..PANGG!!!!! ayat itu umpama tamparan buatku..insan yang saban hari ku tatap wajahnya kini telah kembali menghadap ilahi..YA ALLAH, dia pergi jua…

Tanpa memikirkan suasana ceria didalam kelas, aku berlari meninggalkan segala barang ku dan menuju ke tempat basikal. Difikiran kini hanya satu iaitu ATUK !

Dari jauh aku lihat banyak kereta diperkarangan rumah, “dengan siapa aku akan tinggal lepas nie..sapa yang akan jaga aku?” itu terdetik ya itu.

Basikal ku campak dan terus melangkah masuk kedalam rumah.. sekujur tuduh yang sudah di tutupi terpangpang didepan mata, makcik yang berdri ditepi tangga terus ku peluk..hakikat yang sukar aku terima..aku menangis semahu-mahunya.. beberapa minit kemudian mata ku terpandang mak dan pelukan ku beralih arah..mak menenangkan ku dan menyuruh aku sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin..

Sepanjang jenazah masih ada dirumah, aku tidak berganjak jauh darinya..ini malam terakhir untuk ku tatap seraut wajah tua itu yang tinggal kini hanya kenangan kami.. tiada lagi gurau senda ketika membeli belah keperluan hari raya, dan setiap kali menjelangnya Hari Raya Haji.. ingatan ku kembali kepada arwah atu kerana kepergiannya adalah beberapa hari sebelum hari raya itu…

Kini, yang mampu aku beri ialah sebuah doa dan doa…AL-FATIHAH ..