tentang saya AZIERA ..
- Nurkama Aziera
- Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)
sahabat handai AZIERA
Sunday, April 29, 2012
selamat ulang tahun awak !
29 april 2012 ahad,
sudah tiba masanya sahabat aku berusia 21 tahun
semoga dipanjangkan umur hendaknya
awak, hari ini hari lahir awakkan
semoga tuhan merahmati hidup awk
semoga awak dipanjangkan umur
dan semoga awak dimurahkan rezeki
saya tahu kini saya bukan lagi insan yang berharga di hati awak
tapi saya nak awak tahu yang awak sentiasa menjadi sahabat terbaik saya
insyaALLAH :)
mungkin berlaku sedikit kesilapan dalam hidup kita
sehingga awak membuang persahabatan yang telah kita bina
saya tahu awak kini lebih bahagia
lebih bahagia dengan sidie, teman awak
awak, sungguh pun saya benci awak yang sekarang
saya tetap tak boleh lupa kisah indah kita
kisah suka duka kita
dan segala kisah tentang kita
masihkah awak ingatkan saya
seperti mana saya meningati diri awak disana ?
masihkah awak merindui saya
seperti mana saya merindui diri awak disana ?
saya sedar saya bukan sesiapa dihati awak
setidak tidak nya ingatilah saya sebagai kisah silam awak
akhir kata saya pada hari kelahiran awak ini,
semoga awak bahagia selalu :)
Sunday, April 22, 2012
sahabat suatu ketika dahulu
sepetang ahad yang indah lagi mendamaikan
saat aku keseorangan didalam bilik sederhana besar ini
aku kembali membuka lembaran komputer peribadi ku
sedang jari jemari aku melarikan tetikus
entah bagaimana terus tercoret cerita petang ini
ingatan aku kembali kepada seseorang sahabat
ya. sahabat aku suatu ketika dahulu
saat pertemuan semula yang sadis di tempat pengajian
membuatkan aku dan die rapat walaupun kami tidak sebegitu sebelumnya
dia sangat baik sebagai seorang sahabat
sering kali bertanya itu ini saat aku sangat memerlukan teman
sering kali menghulurkan bantuan saat aku betul betul kejatuhan
dan sering kali bergelak tawa dengan ku saat aku gembira
tetapi itu semua kenangan
kini die sudah mempunyai teman yang jauh lebih istimewa
teman yang selalu bersamanya menemani suka dan dukanya
kini aku bukan lagi sesiapa buat dirinya
kini aku bukan lagi bahu untuknya meluahkan kesedihan
kini aku bukan lagi tawa yang menemani saat gembiranya
namun begitu dia tetap sahabat dunia akhirat ku
jika aku fikirkan dia dihari semalam hati aku semakin terluka hari ini
benar kata pepatah,
kawan suka senang dicari, kawan duka pelu digali
sahabatku M.A.H, semoga awak bahagia dengan apa jua pilihan awak
sebagai sahabat awak suatu ketika dahulu
aku sentiasa menyokong awak dari belakang :)
Saturday, April 21, 2012
mr.crush
sabtu ( 210412) jam 10.05 minit pagi
saat aku keseorangan duduk dipejabat aku melayari laman sosial
dan aku tertaip __________.blogpot.com
blog?
ya, blog seorang insan yang aku minati
dari dahulu hingga ke saat ini
he's my MR.CRUSH
aku pernah punya saat saat bahagia dengannya
tapi ia hanya sebentar, mungkin sekadar tempat die melepaskan duka lama
semenjak aku "ditolak" aku tekad tidak akan menaruh harap lagi
selepas 30 hari anggaranku
dan hari ini aku mencemar duli dengan mengunjungi blog die
SEDIH dan itu ayat pertama aku selepas menyelongkar blog itu
cerita terbaru nya membuat kan aku tahu yang aku juga ditempat die
aku SAYANG die tapi die SAYANG ex die
dan itu sudah menunjukkan aku tak mungkin berada dihati die
apa pun yang terjadi di kemudian hari
aku hanya mahu die sedar yang die tetap MR.CRUSH aku
mungkin untuk dulu, kini dan selamanya
sehingga aku bertemu dengan pemilik tulang rusuk kiriku :(
kenapa aku suka die ?
sebab dalam nama die ada nama aku
itu sudah cukup dan memadai.
Wednesday, April 11, 2012
hati perempuan !
perempuan
hatinya lemah sebab itu dia memerlukan lelaki disampingnya
hatinya mudah tersentuh dengan apa jua
hatinya sangat rapuh serapuh airmatanya
memang adat bila perempuan itu menagis tatkala terluka
ketahuilah wahai lelaki
perempuan ini cepat perasan
jangan berikan mereka harapan jika tidak ada harapan itu
jangan layani karenah mereka jika menggangap mereka seadanya
jangan kasari mereka jika benar kamu tidak suka
jika hati perempuan ini lembut maka
hati perempuan ini lebih lembut dari kapas
jika hati perempuan ini keras maka
hati perempuan ini lebih keras dari batu
wahai lelaki, hargai perempuan-perempuan di sekeliling kamu
jangan lukai hati mereka kerana tanpa perempuan anda tiada
Sunday, April 8, 2012
keliru ?!
perasaan apakah ini yang timbul tatkala hati sedang berbunga gembira
adakah dia sang PUJANGGA mula berubah sikap
atau aku yang terlalu melayan rasa
semakin hari kesibukan yang melanda
menjadi titik titik permulaan keretakan hubungan indah ini
benar rasa sayang juga rindu semakin menebal
tetapi wajarkah rasa ini timbul tatkala keduanya jauh dan menjauh
sungguh aku rindu usikannya, gelak tawanya juga rajuknya
masih berpeluangkah aku untuk mengecapi semua itu ?
adakah ini juga cinta yang berbentuk sementara
sama seperti cinta remaja remaja zaman kini
cinta yang hanya kerana rasa suka
dan bukannya cinta untuk selamanya
bersediakah aku dalam menempuh kembali zaman kekosongan aku
bersediakah aku dalam mengharungi suka duka sendiri
bersediakah aku dalam mendatangi hari esok dengan melihat kebahagianya
jika dia bukan untuk diri aku
jika dia tidak punyai rasa cinta
jika dia memiliki sepeking hati untuk insan lain
perlukah aku menunggu dan terus menunggu
perlukah aku di perumpamakan "pungguk rindukan bulan"
dan perlukah aku mengumpul kekuatan untuk mengagahi rasa indah ini
YAALLAH.... aku keliru .....
Subscribe to:
Posts (Atom)