tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, April 22, 2012

sahabat suatu ketika dahulu


sepetang ahad yang indah lagi mendamaikan
saat aku keseorangan didalam bilik sederhana besar ini
aku kembali membuka lembaran komputer peribadi ku
sedang jari jemari aku melarikan tetikus
entah bagaimana terus tercoret cerita petang ini

ingatan aku kembali kepada seseorang sahabat
ya. sahabat aku suatu ketika dahulu
saat pertemuan semula yang sadis di tempat pengajian
membuatkan aku dan die rapat walaupun kami tidak sebegitu sebelumnya

dia sangat baik sebagai seorang sahabat
sering kali bertanya itu ini saat aku sangat memerlukan teman
sering kali menghulurkan bantuan saat aku betul betul kejatuhan
dan sering kali bergelak tawa dengan ku saat aku gembira

tetapi itu semua kenangan
kini die sudah mempunyai teman yang jauh lebih istimewa
teman yang selalu bersamanya menemani suka dan dukanya

kini aku bukan lagi sesiapa buat dirinya
kini aku bukan lagi bahu untuknya meluahkan kesedihan
kini aku bukan lagi tawa yang menemani saat gembiranya

namun begitu dia tetap sahabat dunia akhirat ku
jika aku fikirkan dia dihari semalam hati aku semakin terluka hari ini
benar kata pepatah,
kawan suka senang dicari, kawan duka pelu digali

sahabatku M.A.H, semoga awak bahagia dengan apa jua pilihan awak
sebagai sahabat awak suatu ketika dahulu
aku sentiasa menyokong awak dari belakang :)

Saturday, April 21, 2012

mr.crush


sabtu ( 210412) jam 10.05 minit pagi
saat aku keseorangan duduk dipejabat aku melayari laman sosial
dan aku tertaip __________.blogpot.com

blog?
ya, blog seorang insan yang aku minati
dari dahulu hingga ke saat ini
he's my MR.CRUSH

aku pernah punya saat saat bahagia dengannya
tapi ia hanya sebentar, mungkin sekadar tempat die melepaskan duka lama
semenjak aku "ditolak" aku tekad tidak akan menaruh harap lagi

selepas 30 hari anggaranku
dan hari ini aku mencemar duli dengan mengunjungi blog die
SEDIH dan itu ayat pertama aku selepas menyelongkar blog itu

cerita terbaru nya membuat kan aku tahu yang aku juga ditempat die
aku SAYANG die tapi die SAYANG ex die
dan itu sudah menunjukkan aku tak mungkin berada dihati die

apa pun yang terjadi di kemudian hari
aku hanya mahu die sedar yang die tetap MR.CRUSH aku
mungkin untuk dulu, kini dan selamanya
sehingga aku bertemu dengan pemilik tulang rusuk kiriku :(

kenapa aku suka die ?
sebab dalam nama die ada nama aku
itu sudah cukup dan memadai.