biar wajah tidak secantik nama
aku bersyukur dengan pemberianNYA
kerana tidak semestinya cantik itu membawa kepada kebahagiaan
biar buruk diluar dan cantik didalam
dari cantik diluar buruk didalam
walaupun sang kekasih sering memberi pendapat tentang penampilan idamannya
aku tetap AKU
memang kekadang aku tertiru tiru penampilan keinginannya
tapi jika hati tak sudi apa pun tak menjadi
aku tahu aku tak mampu mengikut rentak yang berlainan
kerana aku tetap AKU
terimalah aku seadanya