saat bekumandangnya azan magrib aku masih setia disini
disini sambil ditemani komputer ribaku
dan lagu-lagu yang diindahkan dengan irama yang sepadan
sedang leka aku menghayati bait-bait lagu ini
terus fikiranku melayang dibawa angan
ya . seolah-olah angan MAT JENIN diwaktu senja
lampu suram diruang tamu ini mengundang berbagai rasa dalam hati
sedih, penat, sakit juga terselit rasa-rasa bahagia
kini genap umurku 19 tahun 8 bulan dan entah berapa hari
malas mahu dibilang menggunakan jari
lebih kurang 3bulan dari sekarang aku akan melangkah ke alam 20 tahun dan
harapan aku, semoga aku sentiasa dipelihara olehNYA
pertemuan, perpisahan sudah menjadi lali dalam hidup aku
kesedihan dan kegembiraan sudah sebati dalam diri aku
segala rasa yang ada dimuka bumi ini
tidak memberi sedikit pun impak diatas paksi yang sedang ku jejaki
kerana aku sering jatuh cinta
kerana aku sering bergembira
maka kerana itu bila tiba saat sengsara
aku tergamam seketika tanpa kata
dan aku sedar sekarang sudah tiba masa
masa untuk aku sedar tentang rasa
masa untuk aku sedar hakikat dunia
dan masa untuk aku sedar segala-galanya
harapan aku hanya satu agar dipenghujung cerita
akan datang seorang raja
yang akan melindungi serta menjaga
diriku seadanya .