agak payah untuk aku harungi topik itu
tapi demi menyenangkan perasaan ingin tahu kawan-kawan
cerita tentang dia kembali di ungkit
sakit perit dan payah untuk aku menahan airmata dari mengalir
lantas aku membuka cerita lain tentang jodoh yang bakal tersurat
dia. insan aku kenali suatu ketika dulu
tidak tahu apa dan dimana silapnya
hubungan yang berbunga indah lenyap sekelip mata
tapi aku redha. tipulah kalau aku tidak merasa hampa
walaubagaimanapun aku sedar ajal maut malah jodoh ditanganNYA
aku cuba buang dia agar hidup aku tenang dan gembira
ya aku gembira tapi sekembalinya dia meragut kebahagiaan itu
aku tidak membencinya tetapi dia yang menanam kebencian itu
aku sedih tapi pada siapa yang harus tunjuk
mungkin kata orang cerita kami sesuai dibukukan
tapi tahulah kalian bahawanya si pelakon ini
sangat sangat terseksa dengan wataknya
kalau diizinkan untuk memilih
aku tidak mahu dijadikan watak utama untuk kisah cinta yang tidak kesampaian
luaran aku yang nampak tenang
sedikit sebanyak berjaya menutup
apa yang tersirat dihati dan apa yang bersarang dijiwa
tatkala nama dia meniti dibibir-bibir mereka
harapanku hanya satu
aku berharap dijauhkanlah jodohku dan dia
kerana aku tak mahu dijadikan sandaran cinta yang tak kesampaian
atau menjadi galang ganti kepada yang sudah pergi..