Mukadimah ini dimulakan dengan linangan airmata
selepas membaca coretan pakcik-pakcik ku, mengenang saat mereka ketika bersama
arwah atuk ..
Sejenak aku terdiam, terimbau kembali ketika aku
dalam jagaannya. Aku kira, akulah cucu yang paling lama duduk bersama
atuk..mungkin sedari kecil emak menghantar ku dibawah jagaan nya maka aku lah
cucu yang rapat dengannya.
Ketika umurku mencecah 10 tahun ( darjah 4) atuk
disahkan menghidap penyakit lupa ( memori kembali kepada masa lampau ) namun
begitu dia masih mengingati aku. Walaupun tanpa menyebut nama aku, kami
sekeluarga sudah faham dengan maksudnya.
Saban hari ingatan atuk semakin lumpuh sehingga dia
menyuarakan hasrat ingin menjagaku dengan ayat “ aku ingin menjaga anak si
betina tu” dan betina itu merujuk kepada mak, ya. Atuk sudah lupa nama anaknya
itu :’)
Mak sedikit pun tak amik hati dengan panggilan itu
malah mak pernah berkata mak tidak menyesal menyerahkan aku di bwh jagaan atuk.
Suatu hari, kira-kira setelah setahun aku duduk bersama atuk pagi itu ibu2
saudaraku pulang kekampung kerana atuk sakit perut. Pada kebiasaanya atuk tidak
mahu ke klinik tapi berlainan sekali dengan pagi tu..atuk ke klinik dengan
siapa tidak aku ingati..
Dan aku seperti pagi-pgi yang biasa, selepas
menyalami atuk dan mengambil duit belanja RM1.00 diatas meja dapur aku bergegas
ke rumah maklong saa’diah utk kesekolah..tidak ada sedetik pun rasa curiga aku
tentang kesakitan yang dialami oleh atuk.
Sepulangnya aku dari sekolah kebangsaan, aku
bergegas mandi dan makan untuk keseskolah agama pula. Tatkala aku melangkah
masuk kerumah waktu itu,sekilas pandangan aku tertacap pada atuk yang sedang
lena tidur dibiliknya dan aku juga terpandang tok uda dan tok itam dibilik itu
dan aku hanya tersenyum.
Selesai berpakaian aku menyalami nenek didapur yang
sedang membuat donut coklat untuk dhntar kesekolah makcik dan segegasnya aku
kebilik atuk utk menyalaminya dan ayat yang keluar dari mulut atuk “ duit
belanja ada kat atas meja tu.” Dan
itulah kali terakhir aku mendengan suaranya………….
10 februari, jam 2 lebih
Sedang ku leka menghias kelas utk pertandingan
keceriaan muncul seraut wajah sepupuku yang segak “assalamualaikum ustazah,
saya nak ajak ira balik..atuk saya meninggal”..PANGG!!!!! ayat itu umpama tamparan
buatku..insan yang saban hari ku tatap wajahnya kini telah kembali menghadap
ilahi..YA ALLAH, dia pergi jua…
Tanpa memikirkan suasana ceria didalam kelas, aku
berlari meninggalkan segala barang ku dan menuju ke tempat basikal. Difikiran
kini hanya satu iaitu ATUK !
Dari jauh aku lihat banyak kereta diperkarangan
rumah, “dengan siapa aku akan tinggal lepas nie..sapa yang akan jaga aku?” itu
terdetik ya itu.
Basikal ku campak dan terus melangkah masuk kedalam
rumah.. sekujur tuduh yang sudah di tutupi terpangpang didepan mata, makcik
yang berdri ditepi tangga terus ku peluk..hakikat yang sukar aku terima..aku
menangis semahu-mahunya.. beberapa minit kemudian mata ku terpandang mak dan
pelukan ku beralih arah..mak menenangkan ku dan menyuruh aku sedekahkan
Al-Fatihah dan bacaan Yaasin..
Sepanjang jenazah masih ada dirumah, aku tidak
berganjak jauh darinya..ini malam terakhir untuk ku tatap seraut wajah tua itu
yang tinggal kini hanya kenangan kami.. tiada lagi gurau senda ketika membeli
belah keperluan hari raya, dan setiap kali menjelangnya Hari Raya Haji..
ingatan ku kembali kepada arwah atu kerana kepergiannya adalah beberapa hari
sebelum hari raya itu…
Kini, yang mampu aku beri ialah sebuah doa dan
doa…AL-FATIHAH ..