JULAI 2010
tak kenal maka tak cinta
kali pertama kita menjejaki ke tangga Institusi Tinggi
tidak ada istilah kenal antara satu sama lain
walaupun datang dari rumpun yang sama
walaupun tumpahnya darah di negara yang sama
tapi disinilah mula segalanya
DISEMBER 2011
hari berganti hari, bulan berganti bulan dan beberapa tahun berlalu
bukan takat kenal malah terlebih kenal
hubungan yang tiada makne kini lebih mesra
semakin hari semakin rapat
JUN 2012
tidak selamanya hubungan baik akan baik
dan selamanya hubungan tegang sentiasa tegang
tiga tahun perkenalan kini taring semakin dapat dilihat
haruman pertengkaran dan pertelingkahan semakin dapat dihidu
dapatkah persahabatan kita diselamatkan?
aku rindu detik-detik suka ria kita semua
kawan.....