tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, January 29, 2012

kakak !



betapa untungnya aku sebab dikurniakan adik yang ramai
comel lagi
dan aku tahu walaupun kami susah tatkala ini
sering kekurangan beras, gula ataupun kopi
mungkin ini cuma salah satu langkah tuhan memberikan aku erti kehidupan

saat aku berada diperantauan 
melanjutkan pelajarn dalam bidang pengurusan
aku tahu ayah makjuga adik adik pasti merindui aku
seperti mana aku merindui mereka

memang aku cemburu tatkala melihat mereka
yang dihantar dan diambil oleh supir
makanan dimasak oleh bibik
dan bilik dikemas oleh amah

tapi aku sedar kehidupan aku lagi indah
dihantar dan diambil oleh ayah
makanan dimasak oleh mak
dan bilik dikemas bersama adik adik

kasih sayang yang dilemparkan 
tersangat syahdu jika dikenang
dan kepada mak ayah TERIMA KASIH sebab bagi kasih sayang kalian
dan sesungguhnya itu adalah harta yang paling berharga buat aku.