tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, April 8, 2012

keliru ?!


perasaan apakah ini yang timbul tatkala hati sedang berbunga gembira
adakah dia sang PUJANGGA mula berubah sikap 
atau aku yang terlalu melayan rasa

semakin hari kesibukan yang melanda
menjadi titik titik permulaan keretakan hubungan indah ini
benar rasa sayang juga rindu semakin menebal 
tetapi wajarkah rasa ini timbul tatkala keduanya jauh dan menjauh

sungguh aku rindu usikannya, gelak tawanya juga rajuknya
masih berpeluangkah aku untuk mengecapi semua itu ?

adakah ini juga cinta yang berbentuk sementara
sama seperti cinta remaja remaja zaman kini
cinta yang hanya kerana rasa suka
dan bukannya cinta untuk selamanya

bersediakah aku dalam menempuh kembali zaman kekosongan aku
bersediakah aku dalam mengharungi suka duka sendiri
bersediakah aku dalam mendatangi hari esok dengan melihat kebahagianya


jika dia bukan untuk diri aku
jika dia tidak punyai rasa cinta
jika dia memiliki sepeking hati untuk insan lain

perlukah aku menunggu dan terus menunggu
perlukah aku di perumpamakan "pungguk rindukan bulan"
dan perlukah aku mengumpul kekuatan untuk mengagahi rasa indah ini

YAALLAH.... aku keliru .....