tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Tuesday, January 15, 2013

airmata.




Mukadimah ini dimulakan dengan linangan airmata selepas membaca coretan pakcik-pakcik ku, mengenang saat mereka ketika bersama arwah atuk ..


Sejenak aku terdiam, terimbau kembali ketika aku dalam jagaannya. Aku kira, akulah cucu yang paling lama duduk bersama atuk..mungkin sedari kecil emak menghantar ku dibawah jagaan nya maka aku lah cucu yang rapat dengannya.
Ketika umurku mencecah 10 tahun ( darjah 4) atuk disahkan menghidap penyakit lupa ( memori kembali kepada masa lampau ) namun begitu dia masih mengingati aku. Walaupun tanpa menyebut nama aku, kami sekeluarga sudah faham dengan maksudnya.

Saban hari ingatan atuk semakin lumpuh sehingga dia menyuarakan hasrat ingin menjagaku dengan ayat “ aku ingin menjaga anak si betina tu” dan betina itu merujuk kepada mak, ya. Atuk sudah lupa nama anaknya itu :’)
Mak sedikit pun tak amik hati dengan panggilan itu malah mak pernah berkata mak tidak menyesal menyerahkan aku di bwh jagaan atuk. Suatu hari, kira-kira setelah setahun aku duduk bersama atuk pagi itu ibu2 saudaraku pulang kekampung kerana atuk sakit perut. Pada kebiasaanya atuk tidak mahu ke klinik tapi berlainan sekali dengan pagi tu..atuk ke klinik dengan siapa tidak aku ingati..

Dan aku seperti pagi-pgi yang biasa, selepas menyalami atuk dan mengambil duit belanja RM1.00 diatas meja dapur aku bergegas ke rumah maklong saa’diah utk kesekolah..tidak ada sedetik pun rasa curiga aku tentang kesakitan yang dialami oleh atuk.

Sepulangnya aku dari sekolah kebangsaan, aku bergegas mandi dan makan untuk keseskolah agama pula. Tatkala aku melangkah masuk kerumah waktu itu,sekilas pandangan aku tertacap pada atuk yang sedang lena tidur dibiliknya dan aku juga terpandang tok uda dan tok itam dibilik itu dan aku hanya tersenyum.

Selesai berpakaian aku menyalami nenek didapur yang sedang membuat donut coklat untuk dhntar kesekolah makcik dan segegasnya aku kebilik atuk utk menyalaminya dan ayat yang keluar dari mulut atuk “ duit belanja ada kat atas meja tu.”  Dan itulah kali terakhir aku mendengan suaranya………….

10 februari, jam 2 lebih

Sedang ku leka menghias kelas utk pertandingan keceriaan muncul seraut wajah sepupuku yang segak “assalamualaikum ustazah, saya nak ajak ira balik..atuk saya meninggal”..PANGG!!!!! ayat itu umpama tamparan buatku..insan yang saban hari ku tatap wajahnya kini telah kembali menghadap ilahi..YA ALLAH, dia pergi jua…

Tanpa memikirkan suasana ceria didalam kelas, aku berlari meninggalkan segala barang ku dan menuju ke tempat basikal. Difikiran kini hanya satu iaitu ATUK !

Dari jauh aku lihat banyak kereta diperkarangan rumah, “dengan siapa aku akan tinggal lepas nie..sapa yang akan jaga aku?” itu terdetik ya itu.

Basikal ku campak dan terus melangkah masuk kedalam rumah.. sekujur tuduh yang sudah di tutupi terpangpang didepan mata, makcik yang berdri ditepi tangga terus ku peluk..hakikat yang sukar aku terima..aku menangis semahu-mahunya.. beberapa minit kemudian mata ku terpandang mak dan pelukan ku beralih arah..mak menenangkan ku dan menyuruh aku sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin..

Sepanjang jenazah masih ada dirumah, aku tidak berganjak jauh darinya..ini malam terakhir untuk ku tatap seraut wajah tua itu yang tinggal kini hanya kenangan kami.. tiada lagi gurau senda ketika membeli belah keperluan hari raya, dan setiap kali menjelangnya Hari Raya Haji.. ingatan ku kembali kepada arwah atu kerana kepergiannya adalah beberapa hari sebelum hari raya itu…

Kini, yang mampu aku beri ialah sebuah doa dan doa…AL-FATIHAH ..