tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Sunday, February 26, 2012

kenapa mesti aku ?


setiap manusia yang dicipta di muka bumi ini pasti akan diuji
tidak kira dia muda ataupun sudah lanjut usia
ujian itulah adalah janjian ALLAH untuk makhluk ciptaannya

selagi kita diuji selagi itu juga kita dikasihi
orang yang diuji ini sangat disayangi olehNYA

aku?
ya, aku selalu diuji
dan diuji dalam cerita cerita cinta aku
aku yang selalu kalah dengan nafsu hati terus terusan ditipu
tipu oleh makhluk berlainan jantina aku

tapi DIA juga kurniakan aku kawan kawan serta sahabat handai yang selalu ada
saat aku gembira ataupun duka lara

kadang kadang aku terfikir,
perlukah aku dipertemuakan dengan bekas "tunang" aku yang kini duda muda
perlukah aku dipertemukan dengan lelaki yang tersangat kasar terhadap perempuan
perlukan aku dipertemukan dengan kekasih hati yang umurnya sebaya adik ku sendiri
perlukah aku dipertemukan dengan watak watak animasi "sincan" dan "nobita"
dan perlukah aku dipertemukan dengan jejaka kaki penipu di serdang itu ?

dengan seluruh takdir yang telah tertulis olehNYA untuk aku
aku redha dengan segalanya
dan aku tahu ini adalah sebaik baik ujian untukku