tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Tuesday, May 15, 2012

takkan selamanya.


hidup seperti menunggang basikal ?
YA. untuk mendapat kayuhan yang betul, kita kena terus bergerak
kenapa basikal tidak ada pedal kebelakang?
kerana ia mengajar kita untuk terus terus dan terus kehadapan.

harini 15 mei 2012
aku mula sedar hakikat atau hikayat yang sedang aku lalui
ini bukan zamannya untuk aku menjadi lemah, longlai atau mengalah
dengan segala-gala cabaran hidup

aku sudah berusia angka DUA
dan mengapa aku tidak berganjak dari pupuk lama?
semua orang harus berubah dan begitu juga aku

mungkin dulu aku akui yang aku tidak bolah sendirian
mungkin dulu aku akui yang aku senang mengalirkan airmata
dan mungkin dulu aku akui yang aku mudah untuk jatuh cinta

TAPI KINI
aku sedar aku harus gagah menjadi seorang gadis yang berdiri  diatas kaki sendiri
aku sedar  tiada gunanya mengalirkan airmata
dan kini aku sedar cinta itu indah dan jangan sia-siakan.

insyaALLAH dengan izinnya
aku akan meneruskan kehidupan yang jauh lebih baik
disamping kawan-kawan yang sering menjadi tulang belakang aku
mereka yang tidak kenal erti susah atau senang

"mungkin DIA temukan kita dengan benda yang salah
sebelum DIA temukan kita dengan benda yang betul"