tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Wednesday, August 1, 2012

Al-Fatihah buatnya :)

Harini sudah genap 12 hari kita berpuasa
sekian kali ingatan aku kembali ke takuk takuk lama
mengimbas kenangan manis bersama nya

sejak kecil dialah tempat aku bermanja
tempat aku bermain juga tempat aku mengadu
kasih sayangnya sentiasa ada untuk aku

dianggap "cucu kesayangan" sudah lali dipendengaranku
hampir berpuluh tahun aku tinggal bersama
kepergiannya sentiasa aku ingati

jika dulu
menjelang sahaja syawal, akulah paling gembira
memiliki berpasang-pasang baju
pemberian ayah ibu dan juga pemberian darinya

kembali menerjah ke fikiranku
usikan-usikan nya tatkala aku mencuba baju baru
perkataan "wow" sentiasa meniti dibibir tuanya

diakhir hayat nya, dia masih mengingatiku
walaupun sekadar mengingati rupa tanpa nama 
dia tetap mahu menjagaku disaat-saat akhirnya

pemergiannya yang tidak aku jangka
sedikit sebanyak membawa impak dalam kehidupanku
yang hidup dan bernyawa mesti akan pergi suatu hari nanti
dan pemergian tiba-tibanya aku redha

kini hampir 9 tahun aku kehilangannya
saban kali pulang kekampung akanku ingat setiap kenangan
baik yang pahit mahupun yang manis
tetap akan ku ingat selamanya

semoga ramadhan kali ini
dia tenang damai disana
dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman......

dedikasi untuk arwah grandpa aku ; Hj Afandi bin Kesah.




 gambar nie dirakamkan waktu perkahwinan terakhir anak arwah atuk, my makuda :) Alhamdulillah.. semoga bila atuk datang melawat kami nanti hatinya tenang melihat keakraban 21 orang adik beradik nie, dan semoga ianya kekal selamanya AMINN...