tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Wednesday, July 25, 2012

kisah aku, dia dan masa depan


sendirian dikamar tatkala ini mengembalikan ingatan aku kepada topik utama waktu berbuka puasa tadi
agak payah untuk aku harungi topik itu
tapi demi menyenangkan perasaan ingin tahu kawan-kawan
cerita tentang dia kembali di ungkit

sakit perit dan payah untuk aku menahan airmata dari mengalir
lantas aku membuka cerita lain tentang jodoh yang bakal tersurat
dia. insan aku kenali suatu ketika dulu
tidak tahu apa dan dimana silapnya
hubungan yang berbunga indah lenyap sekelip mata

tapi aku redha. tipulah kalau aku tidak merasa hampa 
walaubagaimanapun aku sedar ajal maut malah jodoh ditanganNYA
aku cuba buang dia agar hidup aku tenang dan gembira

ya aku gembira tapi sekembalinya dia meragut kebahagiaan itu
aku tidak membencinya tetapi dia yang menanam kebencian itu
aku sedih tapi pada siapa yang harus tunjuk

mungkin kata orang cerita kami sesuai dibukukan
tapi tahulah kalian bahawanya si pelakon ini 
sangat sangat terseksa dengan wataknya

kalau diizinkan untuk memilih 
aku tidak mahu dijadikan watak utama untuk kisah cinta yang tidak kesampaian
luaran aku yang nampak tenang 
sedikit sebanyak berjaya menutup 
apa yang tersirat dihati dan apa yang bersarang dijiwa
tatkala nama dia meniti dibibir-bibir mereka

harapanku hanya satu
aku berharap dijauhkanlah jodohku dan dia 
kerana aku tak mahu dijadikan sandaran cinta yang tak kesampaian
atau menjadi galang ganti kepada yang sudah pergi..