tentang saya AZIERA ..

My photo
Assalamualaikum selamat berkunjung ke laman sesawang saya. ianya tidak seberapa kerana ini entah blog yang keberapa :)

sahabat handai AZIERA

Thursday, September 20, 2012

kerana aku.


" andai satu hari nanti aku datang meminang kau,
 kau akan terima tak pinangan aku"

sepotong ayat yang masih segar bermain difikiran aku.
sepotong ayat yang tidak pernah terlintas difikiranku.
dan sepotong ayat yang mampu mematahkan kepetahan aku dari terus berbicara.

yang sering kali menemani aku.
ya. dia lelaki yang aku anggap sahabat karib.
mengungkapkan kata-kata yang tidak dapat diterima akal.

jatuh cintakah dia kepada aku?
benarkah cinta atau simpati semata?

lantas aku kembali bertanya kepadanya.
" dengan alasan apa kau masuk meminang? "

dia pula terdiam seribu bahasa.
hanya memandang aku dengan sejuta rasa.
dalam diam aku yakin aku berjaya mematahkan fikiran bodohnya.

setelah beberapa detik kami membisu.
aku mula mengorak langkah meninggalkannya.
dengan tidak sengaja telinga ku menangkap butirannya.

" kerana kau suka dan duka aku "